
Pengenalan
![]()
Di Bright Berries, kami percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan dengan potensi yang unik dan berharga. Oleh itu, pendidikan awal yang berkualiti bukan sekadar memberi pengetahuan akademik, tetapi merupakan proses membentuk insan yang berakhlak, berdikari, berilmu dan bersedia menghadapi cabaran kehidupan pada masa hadapan.
Berteraskan konsep Pendidikan Integrasi Islam, Bright Berries menggabungkan pendidikan akademik awal, pembangunan sahsiah, kemahiran kehidupan, pengukuhan fungsi motor, komunikasi, numerasi serta penghayatan nilai-nilai Islam dalam satu ekosistem pembelajaran yang holistik dan seimbang. Pendekatan ini bertujuan melahirkan generasi khalifah yang bukan sahaja cemerlang dari aspek intelektual, malah mempunyai jati diri Muslim yang kukuh serta mampu menyumbang kepada agama, masyarakat dan negara.
Kurikulum kami dibangunkan berdasarkan lima teras utama pembelajaran yang saling melengkapi iaitu Kehidupan Praktikal, Pengukuhan Fungsi Motor, Bahasa dan Komunikasi, Numerasi dan Kemahiran Berfikir serta Integrasi Pengetahuan Islam dan Umum. Melalui pendekatan pembelajaran berpusatkan kanak-kanak, setiap murid diberi peluang untuk meneroka, mencuba, berfikir dan belajar mengikut tahap perkembangan masing-masing dalam suasana yang selamat, menyeronokkan dan bermakna.
Selaras dengan aspirasi pendidikan abad ke-21, Bright Berries turut menekankan pembangunan kemahiran insaniah seperti kepimpinan, kreativiti, komunikasi, penyelesaian masalah, kerjasama dan pengurusan emosi. Kemahiran ini dipupuk secara berperingkat melalui aktiviti harian, pembelajaran berasaskan pengalaman serta interaksi sosial yang positif.
Dengan slogan “Membina Generasi Khalifah Berilmu, Berdikari dan Berakhlak Mulia”, Bright Berries komited untuk menjadi rakan pendidikan yang dipercayai oleh ibu bapa dalam membentuk generasi masa hadapan yang seimbang dari aspek rohani, intelek, emosi, sosial dan fizikal, selaras dengan tuntutan Islam dan keperluan dunia moden.
Di sinilah bermulanya perjalanan seorang khalifah

Objektif
- Membina kemahiran pengurusan diri dan kehidupan harian secara berdikari
- Mengukuhkan perkembangan motor, koordinasi dan kecergasan fizikal
- Mengembangkan kemahiran komunikasi, literasi dan keyakinan diri
- Menguasai kemahiran asas numerasi dan pemikiran logik
Memupuk kecintaan terhadap Al-Quran, ilmu pengetahuan dan amalan Islam - Membina kemahiran sosial, kepimpinan dan kerjasama
Menyediakan intervensi dan sokongan pembelajaran yang sesuai kepada murid berkeperluan khas.
![]()
Komponen Utama Kurikulum
![]()
Teras Pendidikan Khalifah
5 Modul Utama Bright Berries
Modul Khalifah Berdikari
Modul Minda Kreatif
Modul Literasi & Komunikasi
Modul Numerasi & STREAM
Modul Khalifah Rabbani
![]()
Program Yang Ditawarkan
![]()
Preschool Program
Umur 4 hingga 6 tahun
Half-Day Program
Extend Program
Full-Day Program


Tempah Konsultasi
Isi maklumat anda dan team kami akan hubungi untuk membantu memahami keperluan anak anda







